BERITA SEMASA

Pencarian Muhammad Hawari dibantu 2 unit dron berteknologi tinggi

PUTRAJAYA – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Everest yang masih hilang, Muhammad Hawari Hashim,33, akan dibantu dengan penggunaan dron berteknologi tinggi.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif berkata, dua dron yang berupa merakam video berdefinisi tinggi itu akan memberi tumpuan SAR di kawasan cerun berbahaya di Kem 2 dan Kem 3.

Menurut Azim, operasi mengesan Hawari yang hilang selepas berjaya menakluk puncak tertinggi itu tertangguh selepas penghantaran unit dron berkenaan berdepan prosedur pelepasan kargo di Nepal.

“Gerak kerja sepatutnya bermula pada Isnin lalu, namun disebabkan masalah kastam di Nepal, peralatan yang dihantar dari Malaysia pada Sabtu lalu berdepan kesulitan.

“Bagaimana, misi pencarian telah bermula hari ini selepas proses pelepasan kargo itu mendapat bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azim, penggunaan dron tersebut akan memberi tumpuan kepada kawasan cerun yang sukar diakses oleh pasukan SAR melalui jalan darat.

Penggunaan dron yang mampu terbang sejauh 15 kilometer itu juga katanya dapat mengurangkan risiko yang dihadapi oleh kumpulan malim gunung.

Muhammad Hawari merupakan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pertama negara yang berjaya menjejakkan kaki di puncak Everest.

Beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem 4 pada ketinggian 8,000 meter.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button