Dakwaan kod JAKIM pada sijil nikah Rohingya akan disiasat
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menyiasat dakwaan sijil nikah Rohingya memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan bagaimanapun berkata, pihaknya setakat ini belum memperoleh sebarang maklumat berhubung imej yang tular itu dan akan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut, lapor SH Online
“Nanti kita siasat, saya tak dapat lagi maklumat berkenaan perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia (PePSSM) Kali Ke-2 Tahun 2026, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang dilaporkan tidak mengiktiraf sijil perkahwinan Rohingya, selain dakwaan bahawa dokumen berkenaan memaparkan kod dipercayai merujuk kepada JAKIM.
Sebelum ini, tular di media sosial imej sekeping sijil perkahwinan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia yang memaparkan kod “JAKIM.PERH/LN.800-7(5)”, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan JAKIM.
Setakat ini belum ada penjelasan rasmi daripada JAKIM mengenai maksud kod yang tertera pada dokumen tersebut ataupun sama ada ia mempunyai kaitan dengan pengiktirafan sijil berkenaan.
Isu itu turut mencetuskan perbahasan selepas JAIPk dilaporkan tidak mengiktiraf sijil perkahwinan berkenaan, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai statusnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








