POLITIK

Tindakan tatatertib jika didapati terlibat aktiviti politik – JAKIM

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius laporan terdapat pegawainya yang terlibat dalam aktiviti politik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini.

“Jabatan ini mengambil serius laporan terhadap isu tersebut dan saya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan, semua warga kerja JAKIM agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuatkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

Sejak semalam tular tangkap layar seorang pegawai JAKIM yang juga pegawai kanan di sebuah masjid di bawah pentadbiran JAKIM terlibat dalam sebuah parti politik.

Pegawai kanan itu juga dipercayai memegang jawatan kanan bersama organisasi politik tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button