BERITA SEMASA

Masjid, surau anjur bacaan Yasin, solat hajat untuk Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat khas bagi mendoakan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, program tersebut akan diadakan selepas solat Maghrib.

“Arahan itu sebagai tanda solidariti, doa dan ingatan tulus kita sebagai satu keluarga besar umat Islam terhadap Allahyarham, di samping memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat, mengampuni segala dosa dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut mengajak umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk hadir dan menyertai majlis di masjid atau surau masing-masing.

“Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah itu memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat Allahyarham,” ujarnya sambil memetik Surah Al-Kahfi ayat 107.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button