AGAMABERITA SEMASA

Tiada kompromi pelanggaran piawaian halal – JAKIM

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat serta piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, ketegasan itu susulan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka menarik semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melibatkan sebuah kilang kopi dan kilang biskut di Melaka.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil selepas penemuan berus yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi digunakan dalam kerja pembersihan di premis berkenaan, seperti dilaporkan media semalam.

Beliau berkata, JAKIM menghormati sepenuhnya bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri dalam mengurus pensijilan halal termasuk pelaksanaan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pemegang SPHM di peringkat negeri.

“Tindakan bersepadu akan terus dilaksanakan bagi memastikan integriti Pensijilan Halal Malaysia sentiasa terpelihara.

“Malah, kemaslahatan masyarakat untuk memperoleh makanan halal terjamin, selain sebarang ketidakpatuhan akan ditangani secara tegas dan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button