
Fenomena Istiwa A’dzam beri peluang semak arah kiblat
CYBERJAYA – Umat Islam boleh menyemak arah kiblat di tempat masing-masing hari ini berikutan fenomena Istiwa A’dzam atau kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah yang akan berlaku pada pukul 5.18 petang ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, umat Islam dinasihati supaya menyemak ketepatan arah kiblat sedia ada kerana peluang itu hamya muncul dua tahun sekali.
“Fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada 28 Mei 2023, Ahad bersamaan 8 Zulkaedah 1443H – 5:18 PM (waktu Malaysia).
“Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun.
“Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing,” kata Jakim dalam hantaran tersebut.
Jakim turut berkongsi kaedah menyemak arah kiblat dengan menyediakan beberapa peralatan asas seperti kayu lurus, masking tape dan pen marker.
“Kayu lurus itu boleh diletakkan secara tegak (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang), pastikan hari tidak mendung atau hujan.
“Gunakan pen marker untuk tulis atau tandakan arah kiblat pada jam ditentukan, lekatkan masking tape lurus mengikut bayang-bayang kayu tersebut.
“Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan dan selesai tanda arah kiblat yang tepat,” katanya.

Jakim juga memberitahu, umat Islam juga boleh merujuk kepada infografik yang disediakan Sirim pada waktu fenomena itu berlaku atau melayari laman sesawang https://mst.sirim.my.
“Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di telefon pintar (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).
“Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid atau surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








