Lelaki maut motosikal terbabas, terjunam ke dalam sungai
GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sungai di Jalan Gombak Lama berhampiran perkampungan Orang Asli Batu 16, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada pukul 1.35 pagi.
“Mangsa berjaya dibawa naik dari sungai pada pukul 2.10 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














