JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita maut jatuh bangunan

KAJANG – Seorang wanita dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 sebuah apartmen di Semenyih, di sini petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.18 petang.

Beliau memberitahu, kejadian disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan tugas rondaan.

“Mangsa merupakan wanita warga tempatan berusia 48 tahun duduk di balkoni rumahnya di tingkat 14 sebelum terjatuh di kawasan tempat letak kereta.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan serius di kepala dan peha,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Naazron, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jasad mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button