JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes tembak di hadapan kedai cuci kenderaan

NIBONG TEBAL – Polis sudah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan di hadapan kedainya di Jalan Besar Permatang Keling di sini, Jumaat lepas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di negeri itu.

Tambahnya, pihak polis masih menyiasat motif sebenar insiden berkenaan.

“Suspek masing-masing direman sehingga 24 dan 25 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki tempatan berusia 30-an disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan selepas ditembak beberapa das pada bahagian badan dan kaki dari jarak dekat oleh suspek yang tidak dikenali.

Mangsa didakwa didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal dengan seorang daripadanya menunggu di kenderaan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button