BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

MCMC turunkan kandungan hina Agong, sekat akaun di Threads

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang disunting dengan unsur penghinaan di platform Threads.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menghubungi Meta, selaku penyedia platform berkenaan, susulan penyebaran imej itu.

“Susulan tindakan tersebut, kandungan berkenaan telah diturunkan, manakala akaun yang terbabit turut disekat daripada diakses,” katanya.

Baca juga : MCMC sambut baik peruntukan RM5 bilion JENDELA, perkukuh liputan Internet luar bandar

MCMC berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan penyedia platform bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, MCMC sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan kandungan berkenaan.

Tegas MCMC, tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Sehubungan itu, MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

Orang ramai yang mempunyai aduan boleh menggunakan fungsi pelaporan pada platform Threads, Portal Aduan MCMC menerusi [https://aduan.mcmc.gov.my](https://aduan.mcmc.gov.my) atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button