Remaja tersedar di dalam keranda selepas disangka meninggal dunia
GUATEMALA – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengejutkan ahli keluarga dan tetamu apabila tersedar di dalam keranda selepas hampir lapan jam berada dalam upacara penghormatan terakhir di kampung El Jocote, jabatan Quiché, Guatemala.
Remaja yang dikenali sebagai Yuleidy Ixcotoyac itu dilaporkan pengsan ketika bapanya, Abraham Ixcotoyac, membawanya menaiki kereta untuk mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan.
Menurut Abraham dalam temu bual bersama TV Sac, anaknya mengalami ketidakselesaan pada awal pagi sebelum tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan.
Beliau berkata, keadaan anaknya menimbulkan kebimbangan apabila mendapati remaja itu tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi ketika mereka hampir tiba di kawasan perbandaran San Pedro Jocopilas.
Bagaimanapun, Yuleidy tidak sempat menerima rawatan perubatan di hospital.
Bapanya berkata, selepas mendapati anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda kehidupan, beliau mendapatkan keranda daripada sebuah rumah pengebumian sebelum membawa remaja itu pulang ke rumah mereka.
Ketika upacara penghormatan terakhir berlangsung, tetamu yang hadir menyedari pergerakan di dalam keranda sebelum bertindak membantu Yuleidy.
Remaja itu kini dilaporkan sedar dan sedang dalam proses pemulihan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








