Pesawat FA-50M dijangka tiba mengikut jadual
KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka dijangka menerima pesawat tempur ringan FA-50M buatan Korea Aerospace Industries (KAI) mengikut jadual ditetapkan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tarikh sebenar ketibaan pesawat tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Insya Allah, kita akan maklumkan tarikh bila kapal terbang itu akan sampai. Jadualnya bulan ini. Kita akan maklum antara bulan ini atau bulan depan.
“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat mengenai kelewatan penghantaran pesawat berkenaan,” katanya selepas hadir pada majlis pencaran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027, di sini hari ini.
Hadir sama, penaung Kempen Tabung Pahlawan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain; dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris.
Perolehan bagi memperoleh 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20 (FA-50M) bernilai hampir RM4 bilion itu ditandatangani pada Mei 2023 antara Kementerian Pertahanan dan KAI.
Jun lalu, TUDM mengesahkan dua pesawat FA-50M dijadual tiba di Malaysia bulan ini, manakala baki pesawat akan diterima secara berperingkat sehingga Mac 2028.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








