BERITA SEMASADALAM NEGERI

Menteri Pertahanan adakan pertemuan dengan Duta Kuwait

PUTRAJAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan pertemuan dengan Duta Kuwait ke Malaysia, Rashed M R Al-Saleh.

Mohamaed Khaled berkata, pertemuan itu merupakan susulan lawatan rasmi beliau ke Kuwait pada Oktober lalu bagi membincangkan hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat tempur milik Tentera Udara Kuwait (KAF).

Katanya, dalam pertemuan pada Oktober lalu, kerajaan Kuwait memberi maklum balas positif berhubung hasrat Malaysia untuk memperoleh pesawat tempur jenis F/A-18 Legacy Hornet milik negara Asia Barat itu.

Mohamed Khaled sebelum ini memaklumkan Malaysia bercadang memperoleh sebanyak 39 buah pesawat tempur berkenaan bagi memperkasakan pertahanan udara negara.

Kementerian Pertahanan sebelum ini memaklumkan perolehan itu juga bergantung kepada persetujuan daripada kerajaan Amerika Syarikat sebagai pembekal pesawat dan Kuwait selepas KAF menerima pesawat baharu yang dijangka sebelum akhir tahun depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button