BERITA SEMASA

Agong berkenan terima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap bekas Panglima ATM Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mohd Nizam yang sebelum ini Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas ATM dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Jan lepas.

Beliau menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.

Dalam catatan itu juga, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button