BERITA SEMASARENCANA

Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber sedia tawar 25,000 peluang pekerjaan menjelang 2025

KEJASAMA antara syarikat perisian Kanada, BlackBerry dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menguatkan kedudukan Malaysia dalam bidang keselamatan siber serta mengukuhkan ekonomi negara pada masa akan datang.

Majlis pelancaran yang diadakan di Cyberjaya semalam, menyaksikan kerjasama Malaysia dan Kanada dalam perkongsian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi mengukuhkan keselamatan siber di negara sehingga akhirnya meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan baik Malaysia dengan negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Eropah serta negara-negara Timur, China, Jepun, dan Korea Selatan telah meningkatkan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini.

“Usaha keras kerajaan dalam menarik pelaburan terus asing (FDI), telah berjaya mencatatkan RM329.5 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah dan ia memberi bayangan tentang keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.

“Kesemua usaha ini akhirnya akan mewujudkan peluang kerja bernilai tinggi, sejajar dengan hasrat Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. Di bawah kerangka ini, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memacu pertumbuhan perusahaan dan perkhidmatan, bagi meningkatkan produktiviti mereka dengan ketara serta mengembangkan kecekapan keselamatan siber Malaysia dalam domain digital,” katanya ketika ucapan perasmian Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Blackberry pada Selasa.

Dalam pada itu, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama SKMM merintis program pusat tersebut akan dapat mengatasi kekurangan profesional keselamatan siber yang mencapai sehingga 12 ribu orang, serta meluaskan peluang kerjaya di negara ini.

Anwar berkata, Malaysia kini kekurangan pada 12,000 profesional sekuriti siber dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, sebagai negara berdaulat yang bebas kerajaan akan menggunakan situasi itu untuk memperkukuhkan lagi agenda negara dalam menangani ancaman siber terutamanya dan meningkatkan keyakinan pelabur asing ke Malaysia khususnya.

“Kerjasama strategik seumpama ini, khususnya menerusi perkongsian teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin juga akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara”, ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button