Telegram, WeChat mula proses pelesenan
CYBERJAYA – Penyedia perkhidmatan Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kedua-dua platform dijangka akan memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.
“Keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 ini bertujuan
untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan
memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.
“Kerangka ini dirangka untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, pengalaman pengguna yang lebih baik serta perlindungan yang lebih teguh terhadap kandungan berbahaya.
Sementara itu, MCMC mengingatkan semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar mengemukakan permohonan mereka dengan segera sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini.
Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun ianya adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pihak.
“MCMC juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan mereka berjalan lancar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








