LUAR NEGARA

Perancis lanjut tempoh penahanan pengasas aplikasi Telegram

PARIS – Pihak berkuasa Perancis semalam melanjutkan tempoh penahanan pengasas Telegram, Pavel Durov, berhubung dakwaan kesalahan berkaitan dengan aplikasi mesej tersebut.

Terdahulu, Durov ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Le Bourget di luar Paris pada hari Sabtu.

Penahanan Durov, 39, dilanjutkan melepasi malam Ahad oleh hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut, menurut sumber yang rapat dengan siasatan.

Menurut portal The Guardian, tempoh penahanan awal untuk soal siasat ini boleh berlangsung sehingga maksimum 96 jam.

Apabila fasa penahanan berakhir, hakim boleh memutuskan sama ada untuk membebaskan atau mengenakan tuduhan dan menahannya lebih lanjut.

Penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran untuk menangkap Durov sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penipuan, pengedaran dadah, jenayah terancang, promosi keganasan dan pembuli siber.

Durov dituduh gagal mengawal platformnya daripada digunakan untuk tujuan jenayah

Telegram dalam satu kenyataan malam tadi berkata, pihaknya sentiasa mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU) termasuk Akta Perkhidmatan Digital – moderasinya adalah mengikut piawaian industri dan sentiasa bertambah baik.

“CEO Telegram , Pavel Durov tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan dan sering mengembara di Eropah.

Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa sebuah platform atau pemiliknya bertanggungjawab atas penyalahgunaan platform tersebut. Kami menantikan penyelesaian segera bagi situasi ini,” kata kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button