Remaja tawar seks melalui Telegram dirogol berulang kali
KOTA BHARU – Remaja perempuan berusia 15 tahun disyaki menawarkan perkhidmatan seks melalui platform media sosial termasuk Telegram, telah menjadi mangsa rogol berulang kali oleh beberapa lelaki berbeza.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pelajar sekolah menengah dari Pasir Puteh itu kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan usianya yang masih di bawah umur.
“Siasatan awal mendapati remaja ini telah dirogol beberapa kali.
“Mungkin disebabkan kekecewaan atau tekanan kewangan, dia mula menawarkan perkhidmatan seks melalui media sosial.
“Dia mungkin merasakan dirinya tidak lagi boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa,” memetik laporan BH online.
Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menekankan tentang risiko eksploitasi dalam talian dan menggesa para ibu bapa untuk memantau secara teliti aktiviti digital anak-anak mereka.
Kes itu dilaporkan bermula 22 September lalu, apabila seorang wanita membuat laporan polis mendakwa mengesyaki anak perempuannya yang berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seks melalui Telegram.
Menurut sumber, ibu tunggal berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu membuat laporan di balai polis Pasir Puteh setelah mengetahui perkara itu daripada anak sulungnya di rumah mereka di Jerteh, Terengganu, pada 15 September.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








