BERITA SEMASA

KDN lupus lebih 4,600 alat mainan seks bernilai RM146,000

KDN lupus lebih 4,600 alat mainan seks bernilai RM146,000
Mainan dimusnahkan sepenuhnya mengikut SOP KDN.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan sebanyak 4,667 unit alat mainan seks seberat 5.5 tan dengan anggaran nilai RM146,000 yang dirampas hasil operasi penguatkuasaan di sekitar Selangor.

Menurut kenyataan KDN pelupusan itu dilakukan melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) selepas kesemua barangan berkenaan diperintahkan untuk dilucuthak oleh mahkamah antara Julai 2023 hingga Jun 2024 di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN lupus lebih 4,600 alat mainan seks bernilai RM146,000
Pelupusan mengikut SOP yang ditetapkan KDN

“Proses pelupusan dibuat mengikut Garis Panduan Pengurusan Pelupusan Barang Kes/Tahan/Eksibit yang ditetapkan PK KDN, dengan memastikan semua barangan tersebut dimusnahkan sepenuhnya agar tidak lagi berbentuk asal atau boleh digunakan semula.

“KDN komited melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dalam membanteras sebarang bahan atau penerbitan yang memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam serta bertentangan dengan nilai dan sosiobudaya masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KDN turut berkata, aktiviti berkaitan penghasilan atau penjualan alat mainan seks adalah tidak bermoral serta boleh menjejaskan nilai dan norma kehidupan masyarakat.

Sehubungan itu, KDN akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam mencetak, mengimport, menghasilkan, menerbit, menjual atau mengedar sebarang hasil penerbitan larangan yang boleh mengancam kemoralan, keselamatan negara dan kepentingan awam.

Orang ramai juga diseru menyalurkan maklumat berkaitan penerbitan atau bahan terlarang melalui talian 03-8000 8000, e-mel aduanpk@moha.gov.my, atau laman sesawang rasmi www.moha.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button