LUAR NEGARA

Polis Perancis tahan pengasas aplikasi Telegram

PARIS – Polis Perancis dilaporkan menahan pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov.

Laporan BBC menyebut, Durov ditahan sejurus pesawat peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget di utara Perancis, semalam (waktu tempatan).

Difahamkan, Durov ditahan kerana terdapat waran tangkap berkait aplikasi yang dimajukannya.

Menurut agensi berita negara Rusia, TASS, Kedutaan Rusia di Perancis sedang mengambil “langkah segera” untuk menyelesaikan situasi tersebut.

Untuk rekod, Telegram merupakan aplikasi permesejan yang popular di Rusia, Ukraine, dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet.

Aplikasi ini diharamkan di Rusia pada tahun 2018 selepas Durov sebelum ini enggan menyerahkan data pengguna, namun, larangan tersebut dibatalkan pada tahun 2021.

Telegram kini menjadi salah satu platform media sosial utama selepas Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram, TikTok, dan WeChat.

Durov mengasaskan Telegram pada tahun 2013 dan meninggalkan Rusia pada tahun 2014 selepas enggan mematuhi tuntutan kerajaan untuk menutup komuniti pembangkang di platform media sosialnya, VKontakte, yang telah dijualnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button