BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Skandal ‘MaskPark’: Rakyat China berang, wanita jadi mangsa kamera intipan rahsia di Telegram

 

BEIJING – Tindakan tidak bermoral segelintir lelaki China yang berkongsi gambar wanita yang dirakam secara intip, termasuk yang berunsur seksual menerusi saluran aplikasi Telegram mencetuskan kemarahan rakyat di negara itu.

Pendedahan eksklusif akhbar Southern Metropolis Daily minggu lalu mengenai kewujudan kumpulan dikenali sebagai “MaskPark Tree Hole Forum” yang dianggotai lebih 100,000 ahli nyata membangkitkan rasa tidak puas hati netizen, khususnya dalam kalangan wanita.

Kumpulan tersebut didakwa aktif berkongsi imej wanita dalam keadaan privasi dan intim tanpa kebenaran, termasuk yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang pada barangan harian seperti soket elektrik dan kasut.

Untuk rekod, walaupun aplikasi Telegram disekat di China, ia masih boleh diakses melalui penggunaan rangkaian peribadi maya (VPN).

Perkembangan itu mengundang perbandingan dengan skandal “Nth Room” di Korea Selatan, di mana wanita diperas ugut untuk menyerahkan gambar lucah kepada kumpulan Telegram yang serupa.

Dalam kes tersebut, dalang utama dijatuhi hukuman penjara selama 40 tahun.

Kecaman dan bantahan terhadap isu itu yang dipamerkan melalui tandapagar menecah angka 11 juta di media sosial seperti Weibo setakat semalam, menurut Reuters.

Namun, sebahagian daripada carian kumpulan terbabit kini tidak lagi memaparkan hasil.

Di China, mengambil gambar tanpa kebenaran hanya dikenakan hjukuman tahanan sehingga 10 hari dan denda 500 yuan (sekitar RM330).

Sementara itu, penyebaran bahan lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Ramai berpendapat hukuman itu terlalu ringan misalnya pada tahun lalu, seorang majikan di Beijing yang didapati merakam lebih 10,000 video pekerja wanitanya di tandas hanya ditahan selama 10 hari.

“Sepuluh hari? Itu bukan hukuman, itu galakan.

“Setiap kali saya menginap di hotel, saya bersolek walaupun bersendirian. Saya anggap saja ada dua juta orang dalam bilik saya,” sindir seorang pengguna Weibo.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button