Lelaki disyaki buat gangguan seksual di MRT Kajang ditahan
KAJANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang, seperti yang tular di aplikasi Threads, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman West Country, Bandar Baru Bangi.
Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, polis mengesan satu video berdurasi 23 saat yang tular sejak pagi Khamis memaparkan individu berkenaan berjalan membelakangi kamera dengan keterengan mengenai kejadian yang berlaku.
Menurut mangsa, suspek dikatakan menyentuh bahagian punggungnya ketika dia sedang duduk di tempat duduk awam di hentian berkenaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








