Lelaki ditahan disyaki lakukan gangguan seksual di Stesen MRT Kajang
KAJANG – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang, di sini, seperti yang tular di aplikasi Threads.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman West Country, Bandar Baru Bangi, semalam.
Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, polis sedang mengesan lelaki terbabit selepas satu video berdurasi 23 saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Naazron turut berkata, siasatan turut dijalankan di lokasi kejadian selepas video berkenaan dikesan tular sekitar jam 9 pagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






