PRN Melaka: PH pertaruh 21 calon, Adly Zahari pertahan kerusi di Bukit Katil
MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan senarai 21 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, dengan Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari, kembali dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.
Senarai calon itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan PH membahagikan kerusi kepada tiga parti komponennya iaitu Amanah yang bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan PKR (sembilan).
Antara calon yang diketengahkan PKR ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang akan bertanding di DUN Paya Rumput, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir di Klebang serta Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim di Machap Jaya.
Selain Adly, beberapa calon lain turut disenaraikan bagi mewakili PH di kerusi masing-masing dalam usaha gabungan itu merebut mandat rakyat pada pilihan raya berkenaan.
Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka:
- Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
- Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri
- Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
- Gadek – Jegasilan K.
- Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari
- Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin
- Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
- Asahan – P Denesh
- Paya Rumput – Datuk Azman Abidin
- Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir
- Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
- Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
- Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar
- Kesidang – Seah Shoo Chin
- Kota Laksamana – Low Chee Leong
- Duyong – Poo Long Suan
- Bandar Hilir – Leng Chau Yen
- Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar
- Rim – Esma Eazreen Husin
- Serkam – Muhammad Faiq Azman
- Merlimau – Rahayu Hamzah
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








