BERITA SEMASAPMX

PM adakan lawatan kerja ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Sedunia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Sedunia (World Economic Forum WEF) dari 27 hingga 29 April 2024.

Menurut Kementerian Luar, kehadiran Anwar adalah atas jemputan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Beliau akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Mesyuarat khas yang bertemakan “Global Collaboration, Growth and Energy Development” akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri.

“Perbincangan akan tertumpu kepada isu pembangunan mampan, keselamatan tenaga, perdagangan dan pelaburan, serta isu-isu geopolitik semasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut akan menyertai sesi panel bertemakan “New Vision for Global Development bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa pembukaan mesyuarat khas itu.

Kata kementerian itu, beliau juga akan menyertai “Joint Regional Strategy Dialogue on ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC)” di mana beliau akan menyampaikan ucaptama dalam sesi itu.

Sesi berkenaan diadakan khusus untuk mengetengahkan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

Selain itu, Anwar akan menghadiri “Country Strategy Dialogue” di mana beliau akan berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Ia diadakan khas untuk membolehkan Malaysia mengetengahkan strategik dan inisiatif negara, termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal serta peluang perdagangan dan pelaburan.

“Semasa lawatan kerja tersebut, Anwar juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawatan beliau bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala serta pandangan mengenai hal ehwal dan antarabangsa.

“Lawatan kerja beliau ke Arab Saudi akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin dengan kerajaan Arab Saudi dan pada masa yang sama mempereratkan hubungan persahabatan peribadi di antara kedua pemimpin,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button