Kunjungan PM ke Kazakhstan jana RM1.6 bilion pelaburan
ASTANA – Kerajaan menjangkakan sejumlah RM1.6 bilion (USD$350) dapat dijana menerusi Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia yang berlangsung hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak empat Memorandum Persefahaman (MoU)ditandatangani oleh wakil industri Malaysia dengan pemain industri utama Kazakhstan.
MoU pertama adalah di antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dengan Institut Kajian Strategik Kazakhstan (KazISS).
Kedua adalah MoU antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken.
Seterusnya antara syarikat minyak tempatan, Hyrax Oil Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikat Alegeum Electric dan keempat antara Berkat OSH Services Sdn Bhd dengan APEC Training Center LLP.
“Syukur Alhamdulillah, satu lagi kejayaan hasil daripada usaha menarik pelaburan dan kerjasama industri antara Malaysia dan negara-negara sahabat yang kita kunjungi. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Sebanyak 12 tokoh industri terkemuka dari 12 syarikat tersenarai Forbes terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Antaranya Kazakhmys Corporation LLP, Magnum Cash & Carry, Orbis Kazakhstan, Mechta Market dan Alageum Electric Group.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








