BERITA SEMASA

LHDN buru individu lapor cukai tak setimpal kekayaan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Ngeri (LHDN) akan memberi tumpuan kepada isu ketirisan cukai melibatkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, usaha itu merupakan sebahagian dari usaha agensi itu untuk memastikan sasaran kutipan cukai negara sebanyak RM197 billion dicapai.

“Tumpuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketirisan cukai, individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai
(high net worth individuals).

“LHDN juga akan memantau pendapatan dari Malaysia yang disimpan di dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti atas talian dan kes-kes ekonomi bayangan,” katanya ketika berucap pada Hari Hasil 2024 di Ibupejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seti Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Abu Tariq juga memaklumkan perlaksanaan E-Invois yang bermula pada 1 Ogos ini juga adalah inisiatif utama pihaknya pada tahun 2024.

Dalam pada itu katanya, LHDN juga telah
diiktiraf sebagai pemenang anugerah Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption bagi sistem MyTax dan Anugerah Emas bagi Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 oleh Insititut Integriti Malaysia.

Pada majlis sama, LHDN turut melancarkan lima produk perkhidmatan digital baharu iaitu e-CKM (Cukai Keuntungan Modal); HASiL Tax HTB 2023; Profiling Information Systems (PINS); e-Sekatan Perjalanan dan v. Behavioural Insights Tools: Compliance Empowerment.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button