BERITA SEMASA

Bayaran CAPL guna Nombor Bil boleh dibuat bermula Isnin – LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bahawa bayaran Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (CAPL) boleh dibuat menggunakan ‘Nombor Bil’ sebagai rujukan bayaran di Portal ByrHASiL bermula Isnin depan.

Menurut LHDN, Nombor Bil tersebut boleh diperolehi dengan mengemukakan permohonan kepada Seksyen Antarabangsa Labuan, LHDN Sabah.

“Permohonan boleh dibuat dengan membuat pengiraan kadar cukai dan amaun bayaran terlebih dahulu mengikut tahun taksiran sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan berkenaan.

“Kemudian, kemukakan borang permohonan yang diisi itu ke seksyen berkenaan untuk diproses bagi janaan Nombor Bil. Nombor Bil yang dijana akan dimaklumkan kepada pembayar cukai melalui Slip Pembayaran,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, LHDN menjelaskan bahawa borang permohonan adalah tertakluk kepada satu tahun taksiran dan satu kadar cukai sahaja.

Justeru itu, mereka yang ingin membuat bayaran melibatkan beberapa tahun taksiran hendaklah mengisi borang secara berasingan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan Nombor Bil boleh merujuk kepada manual pengguna melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button