BERITA SEMASA

STR fasa satu mula disalur hari ini – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seramai lima juta penerima meliputi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan akan menerima antara RM100 dan RM500, mengikut kelayakan masing-masing.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

STR
STR fasa satu mula disalur hari ini.

Dalam pada itu katanya, STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.

“Kerajaan MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.
“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button