Anwar ucap tahniah kepada PM Thailand
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu, Anutin Charnvirakul.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menghubungi Anutin lewat petang semalam bagi menyampaikan ucapan tersebut.
“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama sewaktu susah dan senang.
“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu dan beliau menantikan peluang untuk bertemu sejurus selepas itu.
Anutin, 58, yang merupakan ketua parti Bhumjaithai secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 semalam selepas menerima perkenan diraja.
Pelantikan beliau sekali gus membuka lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








