BERITA SEMASAPMX

Bantuan awal RM50 juta mangsa banjir Kelantan – PM Anwar

PASIR MAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta bagi mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata, peruntukan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan diberi terus kepada mangsa banjir.

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” kata Anwar pada sidang akhbar selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut melawat Jambatan Lubok Jong untuk meninjau paras sungai di kawasan berkenaan yang sebelum ini melimpah.

Difahamkan Sungai Lemal di Lubok Jong sudah surut lebih 1.5 meter sejak semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button