BERITA SEMASAPMX

PM titip doa buat Asia Barat, tegas siasatan telus isu provokasi agama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan doa dan solidariti Malaysia kepada semua pihak yang terkesan dengan konflik yang sedang memuncak di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan ringkas, beliau berkata, Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam serta seluruh masyarakat yang terjejas akibat ketegangan berterusan di rantau berkenaan.

“Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan serta berharap agar keamanan, keadilan dan kestabilan dapat segera dipulihkan di Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas isu berasingan berkaitan provokasi agama di dalam negara, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kebenaran akan dirungkai secara menyeluruh dan telus menerusi siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Beliau menyeru semua pihak supaya memberi ruang kepada proses siasatan dilakukan secara profesional tanpa sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button