BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Plansworth sedia RM1 bilion untuk pertumbuhan PMKS tahun ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth) bagi pembiayaan tanpa cagaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini dalam usaha membantu lebih banyak syarikat tempatan mengembangkan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Kuek Andy berkata, kemudahan berkenaan memberi tumpuan kepada keperluan modal kerja PMKS bagi memastikan projek yang diperoleh dapat dilaksana dengan lancar, selain membuka ruang merebut lebih banyak peluang perniagaan.

Katanya, memiliki kontrak semata-mata tidak menjamin kejayaan sesebuah syarikat sekiranya tidak mempunyai modal kerja mencukupi untuk mendahulukan kos operasi, rantaian bekalan dan tenaga kerja sebelum menerima bayaran daripada pelanggan.

“PMKS merupakan nadi dan penggerak utama ekonomi negara. Apabila aliran tunai mereka kukuh, mereka mampu mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan industri tempatan dan merancakkan aktiviti ekonomi.

“Sempena Bulan Kebangsaan ini, aspirasi kami adalah untuk melihat lebih banyak syarikat tempatan berkembang menjadi peneraju dalam industri masing-masing serta membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kuek Andy berkata, kemudahan berkenaan memberi tumpuan kepada keperluan modal kerja PMKS bagi memastikan projek yang diperoleh dapat dilaksana dengan lancar, selain membuka ruang merebut lebih banyak peluang perniagaan.

Menurut Kuek, peruntukan RM1 bilion itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Planworth sebagai penyedia pembiayaan alternatif dalam membantu PMKS mendapatkan modal kerja bagi merealisasikan peluang perniagaan dan berkembang secara mampan.

Planworth merupakan antara peneraju pembiayaan alternatif bukan bank di Malaysia yang menyediakan kemudahan pembiayaan invois kepada pembekal dan penyedia perkhidmatan bagi membantu memperkukuh aliran tunai serta melancarkan pelaksanaan projek.

Menurut syarikat itu, permohonan pembiayaan boleh diluluskan seawal tiga hari bekerja, tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan penilaian.

Kemudahan tersebut turut disokong dokumentasi ringkas tanpa caj tersembunyi bagi memberikan akses modal kerja yang lebih pantas dan fleksibel kepada PMKS.

Sehingga kini, Planworth telah membiayai hampir RM4 bilion dan menyokong nilai kontrak melebihi RM5 bilion merentasi pelbagai industri.

Planworth merupakan penerima Enterprise 50 (E50) 2024 dan merupakan satu-satunya penerima pengiktirafan berkenaan dalam sektor pembiayaan alternatif bukan bank.

Syarikat itu turut menjadi ahli panel yang diluluskan dan berdaftar bagi sistem ePerolehan Kerajaan Malaysia serta GeBIZ, sistem perolehan elektronik Kerajaan Singapura.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button