JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan pegawai kanan polis

Dipercayai terlibat lindungi aktiviti haram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam kerana dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Difahamkan, penahanan pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu dilakukan di Putrajaya.

Menurut sumber, susulan penahanan, SPRM turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki milik pegawai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button