BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Broker jual tanah kemuka dokumen palsu ditahan SPRM

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang broker tanah di negeri ini kerana disyaki menggunakan dokumen iaitu geran yang disyaki mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah kira-kira RM3.8 Juta.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Seremban pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki telah menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban atas nama seorang individu lain bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.8 Juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button