SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terima rasuah RM100,000 untuk tanah bekas pekerja ladang
SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pemaju hartanah, sebagai balasan menyerahkan tanah milik bekas pekerja ladang untuk pembangunan komersial.
Perintah reman lima hari sehingga 16 Mac 2026 dikeluarkan Majistret Mohamad Suffian Jaafar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.
Sumber memberitahu, suspek dipercayai menyerahkan tanah milik 136 bekas pekerja ladang di Hulu Selangor tanpa pengetahuan mereka antara 2020 hingga 2025 kepada syarikat pemaju.
Pengarah syarikat itu, yang juga pemegang amanah ke atas tanah seluas kira-kira lapan ekar, disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 hingga RM100,000 beberapa kali dalam tempoh lima tahun, sebagai balasan membantu menyerahkan tanah berkenaan bernilai kira-kira RM4 juta.
Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







