JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas ketua perisikan akan dituduh esok

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua perisikan bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah, di sini esok bagi menghadapi pertuduhan rasuah.

Difahamkan, pertuduhan terhadap bekas pegawai kanan itu akan dibuat serentak dengan pendakwaan membabitkan beberapa individu berprofil tinggi lain termasuk seorang pegawai kanan tentera bermula pukul 8.30 pagi.

Pada masa yang sama, difahamkan, seorang pegawai kanan tentera akan turut didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, di sini.

Selain itu, turut dibuat esok pertuduhan membabitkan kes di bawah Op Nature dan Op Pump yang menyaksikan seorang individu bergelar Datuk, seorang warga asing serta seorang penjawat awam diheret ke muka pengadilan.

Bagi kes Op Nature, seorang warga asing dan individu bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Seremban, manakala seorang penjawat awam yang ditahan menerusi Op Pump akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Op Nature sebelum ini dijalankan secara serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan di dua lokasi, iaitu Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan pada 20 Januari lalu.

Menerusi Op Pump pula, SPRM menahan seramai 37 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi Counter Setting atau ‘laluan kaunter khas’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button