Platform digital perlu beri peluang adil kepada peniaga tempatan – Anwar
KUALA LUMPUR – Komisen tinggi, terma kontrak yang menyekat serta kawalan terhadap data pengguna antara amalan platform digital yang perlu ditangani bagi memastikan perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), tidak terbeban.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan ekonomi digital negara perlu berlandaskan persaingan yang adil supaya perniagaan tempatan turut mendapat peluang yang saksama dalam ekosistem berkenaan.
Menurutnya, mesyuarat itu meneliti kemajuan ekonomi digital negara serta langkah untuk memperkukuh daya saing Malaysia dalam mendepani perkembangan teknologi.
“Antara perkara yang diberi perhatian ialah pengukuhan infrastruktur digital, penjimatan perbelanjaan ICT Kerajaan dan dapatan kajian MyCC mengenai persaingan dalam ekosistem ekonomi digital,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3 Tahun 2026, hari ini.
Anwar menegaskan, pertumbuhan ekonomi digital bukan sekadar bertujuan menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan, sebaliknya perlu memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara bersama.
“Kita mahu ekonomi digital yang bukan sahaja menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan, tetapi turut membuka peluang yang adil kepada perniagaan tempatan, memudahkan urusan rakyat serta membawa manfaat yang dapat dirasai bersama,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








