Liputan Jualan Rahmah MADANI diperluas, peruntukan dinaikkan sekali ganda
PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperluaskan Jualan Rahmah MADANI 2025 ke seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, peruntukan bagi program tersebut turut ditambah sekali ganda kepada RM600 juta.
“Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri.
“Selain itu, (jualan ini) memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat,” katanya, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.
Jualan Rahmah MADANI merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah, terutamanya di tengah tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








