BERITA SEMASAPMX

PM umum cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.

Beliau berkata, cuti pada Isnin, 23 Mac diberikan jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu.

“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu jangan bimbang, kita beri cuti tambahan hari raya.

“Kalau raya pada Jumaat maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.

“Kenapa umum awal, supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Berikutan pengumuman tersebut, cuti Aidilfitri tahun ini bertambah sehari kepada tiga hari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button