BERITA SEMASAPMX

30,000 program Jualan Rahmah MADANI dianjur tahun ini, bantu rakyat beli barangan lebih murah

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI kepada 30,000 penganjuran tahun ini bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu terbukti berkesan mengurangkan harga antara lima hingga 30 peratus berbanding pasaran semasa.

“Tahun lalu kerajaan telah melaksanakan lebih 25,000 program Jualan Rahmah MADANI melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

“Untuk 2026, kita telah umumkan 30,000 program. Maknanya ditingkatkan, satu di semua kawasan DUN dan mesti dilakukan setiap minggu sekali.

“Dengan cara ini pembeli dapat kepastian barangan di mana boleh dibeli dan pada hari dan jadual yang tetap,” katanya pada sidang media Krisis Bekalan Global, di sini hari ini.

Tambah beliau, program itu bukan sahaja diadakan di pinggir bandar tetapi turut diperluas ke beberapa kawasan desa dan kampung terpilih.

“Dan dalam menjayakan program ini dan memberi manfaat kepada peniaga kecil, kita nak pastikan peniaga kecil juga terlibat.

“Kita tidak mahu ini dijadikan satu gelanggang untuk syarikat-syarikat besar tetapi untuk memastikan faedah daripada Jualan Rahmah MADANI ini memberi kesempatan kepada peniaga kecil menjual barangan mereka dengan harga yang lebih murah,” katanya.

Tegas Anwar, walaupun ikhtiar itu tidak menyelesaikan semua masalah tetapi beliau percaya ia dapat meringankan sedikit tekanan ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button