KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya menjelang kempen sulung pasukan negara dalam Kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026 di Indonesia.
Perdana Menteri berkata, Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat ini sebelum berdepan dua negara jiran, Indonesia dan Singapura.
“Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara. Semoga mereka membawa pulang kejayaan buat Malaysia!” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar berkata, kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA 2026 akan membuka tirai esok di Indonesia dan Hong Kong.
Beliau berkata, dirinya masih mengingati pengumuman kejohanan berkenaan ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur tahun lalu, ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN.
“Ketika itu, saya menyaksikan pemeteraian kerjasama antara FIFA dan ASEAN yang membuka jalan kepada penganjuran kejohanan ini,” katanya.
Kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA 2026 membabitkan 14 pasukan, termasuk 11 negara ASEAN, dengan Divisyen 1 berlangsung di Indonesia, manakala Divisyen 2 di Hong Kong.
Malaysia berada dalam Kumpulan A Divisyen 1 bersama Indonesia, Bangladesh dan Singapura.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














