BERITA SEMASA

PM umum peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan

BATU KAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan prestasi cemerlang kementerian itu dalam melaksanakan agenda penyatuan nasional.

Anwar turut menzahirkan keyakinan terhadap komitmen dan kemampuan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam memperkukuh keharmonian antara kaum di negara ini.

“Berilah peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan. Mereka tunjuk prestasi baik.

“Kita sokong usaha yang membawa penyatuan rakyat,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, di sini hari ini

Anwar turut berkata, permintaan peruntukan tambahan dibuat berdasarkan pencapaian program dilaksanakan kementerian yang telah memberi kesan positif dalam usaha merapatkan jurang sosial serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Program-program yang disebut tadi sudah membuktikan kejayaan. Bila saya tengok pencapaian, saya setuju berikan segera peruntukan tambahan RM10 juta,” katanya lagi.

Selain itu, Anwar turut menegaskan, perpaduan nasional bukan hanya slogan politik, tetapi memerlukan komitmen yang nyata dalam bentuk program akar umbi, pendidikan, dialog antara budaya dan sokongan kewangan berterusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button