Anwar ucap tahniah kepada Shehbaz Sharif
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Shehbaz Sharif atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu.
Perdana Menteri berkata, ucapan itu disampaikan menerusi panggilan telefon selepas Shehbaz dipilih semula untuk penggal kedua.
“Dalam kesempatan yang ada, saya mengucapkan tahniah kepada Shehbaz Sharif atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Pakistan baharu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Anwar berkata, beliau sempat bertukar pandangan dan penghargaan antara satu sama lain selain melihat peluang untuk pertemuan di Pakistan mahupun jemputan ke Malaysia dalam masa terdekat.
“Saya juga menitipkan sokongan berkaitan agenda pembangunan dirancang Pakistan dan bersedia untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dua hala khususnya berkaitan pelaburan serta perdagangan.
“Pakistan turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia di atas kelantangan suara dan mesej berkaitan Palestin selain terkait dengan isu dunia Islam mutakhir ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








