Perhimpunan pembangkang hanya cubaan bangkitkan sentimen politik kebencian – PM
PUTRAJAYA – Perhimpunan anjuran pihak pembangkang yang diadakan di sekitar Dataran Merdeka semalam dilihat hanya sebagai cubaan untuk membangkitkan sentimen kebencian politik dalam kalangan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil penelitian terhadap isu-isu yang diketengahkan dalam perhimpunan itu mendapati tiada perkara berkaitan kepentingan rakyat seperti ekonomi, pendidikan, perpaduan atau kestabilan negara yang menjadi fokus utama.
“Saya ucapkan terima kasih, semua selesai dengan aman. Saya sudah lihat isu-isu dibangkitkan, yang ada hanya `Turun Anwar’.
“Ini pun saya baru turun dari Muar dan akan ke Kelantan, minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai tindakan segelintir rakyat yang tetap memilih untuk berhimpun walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan, Anwar menegaskan tindakan itu adalah dibenarkan memandangkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
Baca juga : Kerap tukar pendtadbiran bukan cara Islam, ulama mahu Anwar kekal
Ujarnya lagi, penjelasan perlu diberikan oleh pihak kerajaan berikutan terdapat kekeliruan yang ditimbulkan menerusi temubual bersama peserta perhimpunan, termasuk dakwaan bahawa harga minyak meningkat, sedangkan hakikatnya ia menurun.
“Ini hanya sentimen politik, kebencian dan tidak ikut fakta. Rakyat boleh menilai dan jika ada kelemahan, kita perbaiki. Saya tidak katakan apa yang dilakukan itu sempurna,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








