BERITA SEMASA

ASEAN perlu kekal jadi nadi ketahanan serantau – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN mesti kekal sebagai medium utama rantau ini dalam menghadapi cabaran geopolitik, perang dagang dan persaingan teknologi yang semakin sengit di peringkat global.

Beliau berkata, konsep ‘centrality’ ASEAN amat penting bagi menjamin kerjasama yang inklusif, terbuka dan berpaksikan undang-undang.

Anwar bersama delegasi pemimpin ASEAN yang hadir pada majlis tersebut.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, jelasnya, komited untuk memelihara peranan tersebut termasuk melalui inisiatif besar seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) yang dimuktamadkan tahun ini dan akan dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

“Di era kesalingbergantungan yang semakin kompleks, kita tidak boleh tunduk kepada hegemoni atau terjebak dalam pengasingan.

“Prinsip ‘sovereign interdependence’ mesti dijadikan asas iaitu keterhubungan yang berasaskan pilihan dan ketangguhan bagi menjamin Asia, dengan ASEAN sebagai nadinya, terus memimpin rantau dan dunia ke arah keterbukaan, kesaksamaan dan kemakmuran bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Dalam pada itu, Anwar turut mengimbau semangat Konferensi Asia-Afrika 1955 di Bandung, Indonesia, yang menyaksikan pemimpin Asia dan Afrika bangkit mempertahankan kedaulatan serta solidariti bangsa-bangsa yang baru merdeka.

“Semangat Bandung masih relevan hingga kini, menjadi panduan bahawa kebebasan adalah asas penting untuk mana-mana negara bangsa,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button