BERITA SEMASA

Anwar sertai sesi penting Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 hari ini

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 hari ini dengan menghadiri beberapa sesi utama melibatkan pemimpin negara anggota ASEAN di Cebu, Filipina.

Antara acara utama yang dijadual disertai beliau ialah majlis sambutan rasmi ketibaan pemimpin ASEAN sebelum menghadiri upacara pembukaan sidang kemuncak berkenaan.

Perdana Menteri turut dijadual menghadiri sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan pemimpin negara anggota bagi membincangkan pelbagai isu strategik serantau termasuk kerjasama ekonomi, keselamatan dan cabaran geopolitik semasa.

Selain itu, beliau juga akan menyertai sesi retreat pemimpin ASEAN pada tengah hari.

Dalam masa sama, Anwar dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala bersama pemimpin serantau bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

Antara pertemuan yang dijadual berlangsung ialah mesyuarat dua hala bersama pemimpin Thailand, diikuti Kemboja sebelum sesi bersama Vietnam pada jam 4.20 petang.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan sidang media penutup pada jam 4.40 petang bagi merumuskan pendirian serta penglibatan Malaysia sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48.

Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis makan malam gala yang dihoskan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. bersama pemimpin ASEAN dan delegasi negara anggota.

Anwar dijangka berlepas pulang ke tanah air malam ini selepas selesai menghadiri keseluruhan program rasmi di Cebu.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 berlangsung dalam suasana rantau yang berdepan pelbagai cabaran global termasuk ketidaktentuan ekonomi, isu keselamatan serantau dan perkembangan geopolitik yang memerlukan pendekatan bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button