Sultan Mizan titah Kerajaan Negeri perkukuh hubungan dengan Kerajaan Pusat
KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan 408 projek pembangunan bernilai RM13.56 bilion yang memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, termasuk peningkatan infrastruktur dan daya saing komuniti.
Sultan Mizan turut menyeru Kerajaan Negeri terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan pelaksanaan dasar pembangunan dan memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negeri.
Baginda juga menyarankan usaha digandakan untuk menarik lebih banyak pelaburan dan meneroka potensi besar Terengganu, sambil memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu pertanian dan industri asas tani, sumber baharu dan pelaburan, serta kelestarian pelancongan.
“Pentadbiran negeri perlu lebih cekap dan proaktif dalam memenuhi keperluan pelabur agar ekonomi dan pelaburan berkualiti dapat berkembang,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN ke-15, hari ini.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar, barisan EXCO, penjawat awam, pasukan keselamatan dan badan beruniform atas dedikasi mereka.
Sultan Mizan berharap semangat perpaduan dan kerjasama semua pihak akan terus memperkukuh pembangunan negeri serta membawa kemakmuran berterusan untuk generasi akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








