Modi raikan hubungan rakyat India–Malaysia di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat antara rakyat India dan Malaysia sebaik tiba di ibu negara, hari ini.
“Meraikan hubungan erat rakyat dengan rakyat antara India dan Malaysia!
“Perdana Menteri, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan saya sedang menuju ke program komuniti di Kuala Lumpur,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.
Bersama hantaran itu, Modi memuat naik gambar di dalam kereta bersama Anwar yang dilihat tersenyum, namun tidak memandang kamera.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa gembira terhadap lawatan Modi tersebut.

“Satu gambaran indah tentang hubungan erat rakyat dengan rakyat yang berakar umbi antara India dan Malaysia.
“Hubungan sebegini mengukuhkan persahabatan melebihi diplomasi dan membuka laluan bagi kemajuan bersama,” tulis Sagar Gajjar.
“Satu langkah yang amat baik ke arah memperkukuh hubungan India–Malaysia serta meraikan ikatan rakyat dengan rakyat. Semoga program ini mencapai kejayaan yang cemerlang,” komen Pinaaki Paul pula.
“Kami menunggu di sini,” kata Sugunthi Papachan.
Setakat ini, hantaran Modi itu menerima lebih 15,000 reaksi suka, 1,000 komen dan 647 perkongsian semula.
Modi kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas undangan Anwar.
Ia merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024, selain menjadi lawatan ketiga Modi ke Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








