PM Anwar hulur sumbangan kepada mangsa banjir kilat di Tambun
IPOH – Sebanyak 19 ketua isi rumah mangsa banjir kilat di kawasan Parlimen Tambun menerima sumbangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Sumbangan Perdana Menteri itu disampaikan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri.
Mohamad Hairul Amir berkata, bantuan itu dihulur Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana berkenaan.
“Apabila berlaku banjir pada hari itu, beliau telah meminta saya dan pihak Pejabat Parlimen Tambun untuk turun menyampaikan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas,” katanya memetik laporan Bernama.
Hujan lebat berterusan pada 1 Disember lalu menyebabkan banjir kilat melanda Kampung Cheh, Kampung North Ward, Kampung Masjid serta Kampung Bakar Bata.
Sementara itu, Mohamad Hairul berkata, setiap ketua isi rumah terbabit menerima sumbangan RM1,000.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








